Saturday, 10 August 2013

happy EIDul Fitri :")

assalamualaikum 

lama-lama-lama sudah tak ber-update-ing kat sini . hmm busy ? lah jugak since 17`s ni . haha ke-busy-ian yang melanda bukan lah penghalang tapii yang menghalang adalah pagar-pagar maktab yang sangat bahana lagi tertekan kat dalam tu , as a student *ciwah* apakan daya :"( hmm bukan pelajar lah kalau tak mencabar . haha bukan tujuh belas lah kalau takda dugaan . 
oke panjang nya leteran yang meloya , konon title post "happy eid" bagai tapi ni dah macam luahan perasaan sekian lama dipenjara tinggal dalam pagar maktab :") alhamdulillah beraya di rumah :")

inilah cerita raya kami :) kami ? bunyi macam ramai , eh ! dah raya mestilah "plural" kan ? "plural" dengan anak cucu yang selamat sampai ke kampung untuk beraya . 

raya tahun ni hmmmm baju memang tak best mana taknya isnin baru dapat balik tak cam maktab lain tapi ada yang lagi malang selasa baru boleh keluar , kesiannya . takpa-takpa dugaan syahid dalam menuntut ilmu tak mengapa .
bila time-time camni facebook memang best dengan gambar-gambar raya yang cantik-cantik , aku ja nak upload tapi takmau tapi nak tapi takmau ha ? acano tu ?? hahah , jadi aku pun decide lah takpa aku syok sendiri kat blog sendiri takda orang like takda orang comment kan ? gambar raya memang tak banyak langsung , banyak dekat banyak-banyak phone yang line dan takdan pun nak "on" gigibiru semalam nak share :"( dua tiga hari adalah tu yang meng-upload kot heee 



grrrr >.< bajet gila gambar ni , haha ni lah aku siap berjam-jam awal dari yang lain . main-mainlah "SS" sat snap gambar sendiri 


haaa ! tedia ni lagi satu haha ni pun gambar "ajet-ajet" haha meluat jugak bila tengok balik . tambah-tambah kalau dapat kat abang-abang aku lagi sakan lah depa kata buka bajet ja poyo, pulun . hmmmm tulah abang pantang ada adik yang comeell  bajet , kalau boleh nak kata macam muka adik dia takda sikit-sikit kat muka dia , tu nama kata kat diri sendiri . hmm cukup-cukuplah gambar yang bajet camni hahaa


she is my mum , actually she is my mum and i want to tell you she is my mum , and my mum TITIK , oke motif ! hahaha ya ni mak aku :) ni first day raya baru balik mayang rayo lah tawan-tawan :P


my parents on the first day of raya 2013 :) May God upon His Mercy and shower with bless on both of my parents ~ amin 


my nephew :) kaisara yahaya 

literally memang comot gila haha makan macam-macam sampai lebam , ha ! belemoih "kedahan"




she is my cousin , her name is ziela , full name i don`t know , she is seventeen , she is a pretty-cousin haha oke muntah sebab macam essay time darjah-darjah dulu . oke "intro please" . haha  dia ni satu-satu nya sepupu yang sebaya dengan aku , oke we`re strive for SPM in shaa Allah , 


tediaa , di khairil a.k.a abang enn tak tau lah nak eja cemna . haha perh ! first time jumpa hari raya memang feeling awkward lah gila sebab dah bertahun tak jumpa hmmm tapi steady lah kan haha , yang didukung tu joanne alyna , ha ! budak tomey tu sangat comell dan pandai bercakap gila . haha 

"heading to penang" tweet ! :)


guess ? boy or girl ? haha dia ni first sight sumpah cam laki cam maher zain , bila dah tegur rupannya nama dia damia zulaikha perh ! sedap gila . . haha oke lah maher zain versi perempuan . 


in the nutshell :P praktis buat essay , tu ja lah raya aku kot . have a nice holiday week with family May God Bless Us :) 


assalamualaikum 















Wednesday, 10 July 2013

bila asrama kata pergi , rumah kata mari

assalamualaikum 

" ni lah malas nak  balik rumah ni " tediaa ayat bajet budak asrama .

haha dah pasai pa pulak malas nak balik ? padahal orang bagi cuti sukalah , sebab dia malas belajar , malas baca buku , malas kemas bilik , naik kepala , naik tanduk , semua kategori negatif lah .

kalau duduk kat asrama kan asyik kena kejar dengan ustazah denagn teacher also badar dan geng-geng  BWP  :) 

ni dia ha ! kalau boleh cuti , mau taknya nak mengahadap buku , puih-puih memang tak . 

sedar lah wahai diri naik cuti hangh tu dah nak exam dah sat-sat standardise , sat-sat nama dia pre trial , macam-macam tapi tak kisah lah apa-apa pun dia tetap UJIAN ! 

time duduk kat maktab tambah-tambah kat surau *kan mai surau awal teqa nak tunggu masuk waktu , cangok lagi buka mulut st stg orang start al-mathurat baru gedik-gedik p amik kat rak *  time buka mulut ni lah , cewah ! sembang lahju-lahju ja "eh ! balik ni kita kena pulun study dah , kita takda masa dah strive for SPM"  hahaha .

teng-neng-neng bila tiba dirumah 

aku : assalamualaikum , kocah dah balik :)
# salam dulu mak ayah 

lepas tu mula lah menjejakkkan kaki kekamarku , ,lalu mula lah terbongkang , time-time hari first balik dapat lah excuse tapi kalau excuse tu dibawa sampai berhari-hari tu namanya makan kaki . hahaha melampau kan ?

nilah al-kisah budak asrama , hmm kalau dapat balik memang best pun rasa macam hilang segala tekanan . yalah kat asrama , duduk salah , berdiri salah , baring ? lagi lah salah . haha semua ni salah bila kita buat tak kena waktu nya . 

rindunya nak jumpa kekawan *tetiba ! takda kena mengena dengan yang atas* rindunya dekat deena , razan  dan rakan-rakan sejagat yang lain ammar serta amjad . nilah bestfren aku dari tecik time darjah-darjah lagi , sekarang dah tak nama bestfren lagi cuma friend ja .

semenjak berada dalam golongan fivers ni , macam-macam aku berlajar , hmmm susah jugak kan nak hidup ni . 

memandangkan ini merupakan  senior year , huaaaaaaa aku semakin seram dengan memikirkan kehidupan aku selepas tamatnya SPM . 

apa-apa pun may God showers His Mercy upon us :) 



Her illusionist

assalamualaikum 

puasa ? puasa ? puasa kan ? bagus-bagus :)

Memandangkan hari ni semua orang sekolah  , maka dengan ini bersuka ria lah aku dirumah *motif sikit padahal bukan ada adik pun* haha

hobi aku semenjak 17 tahuns ni adalah menjengah dan menggatal serta suka menggodek google untuk mencari blog-blog yang menarik untuk dibaca . 

aku macam terkejut biawak lah jugak dan mula menyesal yang aku dah buang masa sesudah subuh sehingga detik ini masih menghadap bendalah ni tanpa arah tuju . dah dua jam aku berteleku di atas katil yang penuh dengan bantal dan my-lovely-dovely comforter C: * ha ! kalau hari last nak balik rumah pulang bermalam , kalau nampak aku lari terkedik-terkedik bersama baldi , itulah aku bersama comforter ku tercinta *

apa aku buat ? blog sapa yang menarik sangat sampai dua jam mengeja  membaca ? 

ha ! inilah yasmin hunwick  :) sapa ni ? sebenarnya , dia dah takda , dah dijemput Allah -al-fatihah- . 

blog allahyarham kini diupdate oleh ibunya , hmm lagi-lagi her mum post all the draft left by her .

menurut apa aku baca lah , dia ni kalau ada lagi sekarang dah 18 , dia meninggal March tahun lepas kalau tak salah , kira tak sempat amik SPM  . cantik orangnya , pemergian dia memang dapat banyak penghormatan sampai diterbitkan novel LOVE YASMIN  oleh seorang yang takda kaitan dengan dia . penulis novel tu actually start kenal dia dalam tempoh 100 hari lepas dia meninggal sebab he follows all post dari ibu si mati . 

aku pun rasa macam tertarik lah nak tengok semua post dia , memang menarik pun , bayang kan post terbaru from her mum "mama rindu along" mencecah sampai 17 K , tudiaaa . 

aku baca semua old-post dia , obviously , dia buat blog tu as diari dia . memang dia update setiap hari . orang langkawi memang loghat kedah lah . hahaha 

bila baca semua draft yang mak dia post , sedih jugak lah , anak sulung kot pastu meninggal excident pulak , mana tak terkilan pun kan ? arwah meninggal bersama-sama dua orang kawan . kira depa qabat moto  tiga orang lah . amboi ! ramainya . 

ajal maut ditangan tuhan kan ? semoga family allahyarham diberi kekuatan :)

a turning point

assalamualaikum 

selamat menjalani ibadah puasa :) barakatillah , in shaa Allah ~ amin .

nampaknya cuti lagi , ya ! sekolah cuti lagi lah :) muehehe suka lettew . 

*a turning point* bila tengok ni ja mesti teringat dekat sorang hamba Allah ni a.k.a BFF :) oke hye \o/ . kenapa nak ingat dia , kenapa dia ? kenapa bukan orang lain ? lupakan . 

ini merupakan kali ketiga re-type ,kenapa ? sebab tak tau nak tulis apa . haha , tulis-padam-tulis-padam-tulis-padam . 

memandangkan puasa dan ini lah bulan yang diberkati In Shaa Allah jom kita ramai-ramai aim untuk khatam Al-Quran dalam bulan puasa ni . ini lah matlamat aku dengan kekawan ; hanani,farahanim,shezem,arini,akmam eh ! kenapa tulis rapat-rapat , dah nama pun kawan rapat , haha lawak sarkatikus 

kemarin dulu , mana-mana budak yang dapat 5A dalam mana-mana standardised dapat keluar makan . yey bestnya ! cisss , buat seronok apalahkan sedangkan aku bukan lah dalam golongan itu . sedih bukan ? bukan sedih ? janji sedih . 

sssssss*ni melambangkan aku flashback balik* ntah simbol apa aku nak letak pun taktau yang menunjukkan aku baru nak menceritkan apa yang sebenarnya cuba disampaikan . 

rules of life ; semua orang ada cita-cita kan ? semua tinggi-tinggi . mana aci semua orang ada apa yang aku ada , haha berkongsi itu kan baik :) tapi berapa orang yang capai cita-cita tu ? orang puteh kata , who had make their dream comes true ? 

kalau ditengok-tengok balik kan . manusia ni bila dah terhantuk baru tersedar , hmmm bila dah telambat baru menyesal . yang belum terlambat pulak jenis tak amek pengajaran , ikut terlolong dia ja kononnya alah aku takkan jadi camtu lah . Ya Allah yakin sangat kan orang macam ni ? jauh-jauhkan lah sifat tak suka amek pengajaran ni .

aku rasa kagum sangat dengan Dr, Azri Bohari , hmm dia ni ex-mrsm kuching yang baru habis belajar dekat Ireland ,  dia kongsi pengalaman yang tak semua orang ada . apa yang kagum sangat ? hmm , yang mengagumkan tu *ayat bahasa malaysia* dia cerita , dia ni biasa-biasa , biasa-biasa macam mana ? 

orang tak suka kat dia pun dulu tapi since dia masuk mrsm kuching baru dia dapat life baru . nampak kan kebaikan berhijrah tu . motif kat sini " jadikan hinaan tu sebagai semangat untuk kita jadi lebih baik " tu ja pun . tak tau nak mebebel apa pasal doktor ni . 

Ireland ; sapa tak mau p kan ? hmm ada lah sorang ni , haritu bila kami buat grouping cakap pasal nak belajar tinggi-tinggi ke oversea , apa dia cakap " ish ! local university apa kurangnya ? sama ja kan ? " 
hmmm bukan pemikiran dia kolot , tapi tu lah pendapat . pendapat orang kita kena terima . 

aku diam ja , terkelu . haha hmm tapi bila relate dengan cerita dr Azri dan cerita cikgu-cikgu yang ke oversea mahupun novel yang selalu nampak yang ni lah " Islam tu ada dekat negara orang bukan Islam " .

cakap ja pasal lepas ni padahal sekarang tengah belajar pun tak ketahuan lagi , takut kan bila pikir-pikir balik . 

kadang-kadang ada jugak aku terpikir orang ni tak sembahyang pun pointer bagus , orang ni kapel ja tapi oke ja result dia , orang ni tak hormat cikgu steady ja pointer dia . ingat ! Allah tu uji manusia dengan kegagalan dan kejayaan . 

fikir-fikir lah , amik yang baik-baik dari orang , yang tak baik tu mungkin kelemahan diri dia . kalau sekarang asyik nak berseronok ja memang susah lah ,  pesanan khidmat buat kekawan yang disayangi :) 

semayang jangan lupa , doa jangan lupa . tambah-tambah bulan barakah ni . berdoa lah in shaa Allah ada rezeki kita nak berjaya :) 

assalamualaikum









Wednesday, 19 June 2013

kadet-polis MRSM Se-Malaysia

assalamualaikum

hmmm , best nya kali ni :) *excited* ni nak share pasal last camp oke maybe it`ll be my last camp before im sitting for my SPM "hye! spm bubye camping" . hahaha . dengan muka aku yang "loi" (kedahan) ni lalalagi sekali aku wakil maktab untuk kadet-polis MRSM Se-Malaysia :) best wei ! best :)

oke start dengan hari ahad 5 hb tak salah aku tapi kira 3-4 hari before camp tu lah . hmm burn dah seminggu cuti semester aku .

hahaa ! aku balik maktab malam ahad tu , dah sampai maktab kira lepas isyak lah , hahha lawak doe ,

 mula-mula sampai tu memang dah cuak lah , subhanallah gelap gelita orang kedah kata . pastu aku angkat barang semua masuk dorm duduk lah sorang-sorang ha ! time ni lah yang suspend tu .

 aku memang teperuk sorang-sorang kat atas katil pastu makin lama makin lama aku jadi cuak , kan memang macam tu kalau kita stay sorang-sorang kita akan fikir macam-macam yang pelik-pelik kan-2 ?

 dah lama sikit aku text nani " nani! hg kat mana ? aku takut ni" hahaha nani tak rep pun , dah lama-lama cangok lagi aku nangis terus hahah pastu aku kal nani dengan teresak-esak pastu mak nani dengar lah kot yang aku dah nangis then ayah dia terus rempit kereta , eh ! kereta pun boleh rempit ka ? maju-maju hahhaha

lepas satu jam camtulah  aku tunggu nani dengan fatin sampai tetiba rasa sunyi gilo time tu dengan tiba-tiba. . .
 ada lembaga muncul dan sergah aku pulak tu " CY !" ha ! time ni lah aku jerit macam meroyan

"ERNAS!!!!!" hahha last-last dua-dua orang menangis tekejut , hahaha dah time jerit tu ada someone call :) masa ni otak aku macam lemau gila yalah nak angkat  fon call tu nak angkat jugak  tapi nak jerit pun nak jerit jugak macam mana tu ?  , lalu aku decide untuk angkat call tu dan jerit , hahaha yang call aku tu laju-laju ja hantar message gaya risau dan gelabah bewak ! lawak ja aku rasa malam tu oke  habis sudah cerita malam yang suspend tu :)

2-3 hari before kami p Jeli ,Kelantan sebab kem tu kat Jeli memandangkan aku tak pernah jejak kelantan dan tak pernah tahu pun apa itu rupa kelantan , aku pun semakin gembilalala . kami trainig macam biasa kawad~belari-lari sebab kami tak fit ~pastu belajar pasang senjata :) yang ni best  dan dll .

kira kali ni punya kem tak dalah latihan yang teruk-teruk so-so ja , burn pun tak sangat :)

tup-tup dah pun 8 hb :) yey ! pagi tu kami betolak pukul 5 lebih dan singgah subuh dekat masjid mana entah aku dah lupa dah . sorii . hmm ~ kira pengalaman lah sepanjang pejalanan kat  highway gerik-kelantan hui ! memang boring memang bukit + gaung + hutan tapi chill lah memang lawa kot .

kami sampai dekat perhentian Jeli pukul 11 setengah tengah hari , sampai-sampai tu pening lalat lagi yalah sepanjang atas bas keja lena ja sebab malam tu kami tak tido langsung sebab latihan menari sampai pukul 1 pagi then pack barang sampai 3 setengah ,heh ! penat tuhan ja yang tau .

time sampai tu tekejut sebab masa kami cari toilet nampak banyak nya bas MRSM pastu tetiba ada kaunter pendaftaran ,dalam hati time tu ' eh! dah sampai ka ? kenpa kat perhentian ? kata dekat MRSM Jeli ?" haha rupa-rupanya RNR tu belakang MRSM Jeli . hahah lawak pulak *belakang maktab ada RNR kot* :)

kami angkat barang masuk campsite , campsite memang lawa lah , bersih kira tak teruk pun , sapu-sapu sikit then boleh naik kemah dah :) nice Jeli :)yang tak bestnya  dia tanah merah mau tau lah kalau hujan perh ! memang teruk lah .

hari first tu sampai petang kami cuma prepare tapak kem tu ja, malam tu baru start acara yang first , kebudayaan :) ha ! petang tu hujan kot memang macam nak nangis lah, yalah dah pakai lawa-lawa hujan lah pulak,  dah lah dari campsite perempuan nak naik campsite pusat jauh jugak kena panjat-panjat bukit sikit pastu nak naik ke bilik seminar apatah lagi lah jauh dengan sesatnya . apalah nasib time tu .

nak cerita suma pasal kem  tu boleh muntah kot panjang sangat , tapi malam first tu jadi ikan duyung lah sat sebab hujan tak berhenti langsung dan air masuk laju-laju dalam kemah tapi alhamdulillah beg dengan barang-barang  kami suma selamat :) cuma tulah tuan kepada beg-beg tu ja kena berenang dalam kemah hahaha , memang kira penuh air lah dalam kemah tu tapi  tido tu tetap tido jugak sebab penatkan .

esok tu yang bestnya lagi , ada seekor ular sawa-tikus lalu belakang campsite kami tapi alhamdulillah lah dia lalu ja , dia singgah kat campsite orang sebelah yang lagi takut dia p duduk dekat bawah kemah orang tu , ha ! jerit lah ramai-ramai , hahha lepas tu JPA pun mai . hui ! panjang + besar pulak tu . meremang bulu roma tengok . tapi semua selamat :)

hari last kami cuma ada rehearsal pastu penutup :)
yeah ! kami pun petang tu angkat barang keluar dari situ dan balik :)


ni foyer-office tempat kami selalu buat latihan menari , malam ni cik jazrin belanja kami semua makan kfc yeey ! yum-yummm



macam biasa kami 5 - 5 beradik p kem , tinggal anini ja sebab dia KAPA :(


ni masa hari first kami sampai , tengok bakal-bakal engineer tengah siapkan pintu gerbang MRSM Merbok :) 


ha ! yang ni best . ni salah satu kelas kat blok akademik MRSM Jeli :) kami p kat situ pukul 6 setengah , tapi kami bersiap 8 setengah sebab B.A dia balckout dah lah hujan time ni , memang lah kan ><


yey ! malam kebudayaan dah pun habis , result untuk final akan di-announce-kan esok nya :) yang tengah tu kak fatin ha ! dia lah yang siap-siapkan kami :) thank you kak fatin :)


yang kiri tu cik siti , baik gilo dia (Y) *thumbsup* 
yang hensem- tak hensem tu abang razi , dia cikgu tari kami :)



nilah RNR Jeli yang sampai-sampai ja kami dah  buat muka weird . hari khamis dalam pukul 1 lebih-lebih cmtulah tunggu bas nak p sekolah kebangsaan Jeli sebab kawad buat kat situ buka dalam MRSM 


Kami lah geng-geng-geng bas sekolah kawad kaki :) 



semangatnya juru-juru latih kami , semua aktiviti depa ada bagi semangat :)



with hahahahnaannana-neee kami naik bas MRSM Kota Baru kalau tak salah sebab tak ingat sangat mana taknya main naik ikut orang ja hahhaa kalau aku sorang-sorang naik bas ekspress dah lama boleh silap bas ni . ohh
! tidak !

alhamdulillah~ muka-muka gembilalla , kami dah selesai kawad , cepat kan ? ha ah memang pun , alah 10 minit ja kat dalam padang kawad tu sebenarnya tapi penat dia subhanallah . sarjan akan p cabut undi pastu dia bahagi dua , kami dapat no 6 , kira dalam group B kami first :)


jumaat petang turn kami masak pulak , time ni tengah tunggu turn nak amek tempat . sempat lagi kami lepak-lepak sebab kononnya mai awal lah . hahaha 



ha ! aku lah yang mengadap sana tu , yalah angin kuat sangat , pasang api -terpadam-pasang-terpadam-pasang lagi-terpadam lagi , kebetulan time tu prepare trifle adalah kerja hanani :)  kira aku sempat lah cover api , sebab time masak kastard yang penting teramat sangat tulah api buat perangai pun =.=  . aku punya turn masak last sekali .  


ni lah situasi memasak dengan gelabahnya >< , tapi dah confirm tak menang , pertandingan ni judges dia orang kelantan telah-telah lah masakan budak-budak kelantan yang menang sebab taste orang kelantan kan lain 


ni antara juru latih kami , semuanya 6 orang  cik yusuf , S.M , cik siti , abang razi , cik jazrin dengan cik jaronah :) ni before kami balik kira ada sesi cakap-cakap lah , banyak sangat nasihat yang depa bagi sebagai semagat kami nak SPM :) terima kasih :)

sepanjang aktiviti kat sana , cikgu azizul dan zikgu ruslina sebagai guru pengiring memang sangat baik dan jaga kami sepenuhnya . yalah depa siap bawak kami mandi kat homestay lagi sebab juru latih dengan cikgu kesian kat kami , hahaha baik kan ? hmmm , motif , berbaik-baik lah dengan sapa-sapa pun mesti akan disayangi . 

time hari mara lasak , juru latih kami semua pakat lari ikut peserta , tengok semangatnya depa ni kan ? kenangan , best sangat 
 even kami sekarang dengan rasmi aktiviti kokurikulum dah tamat :) , kadang-kadang cikgu azizul still buat pejumpaan , time hari bapa hari tu , best sangat , kami lepak kat bengkel pastu nyanyi kat cikgu :) 
in shaa Allah dia akan ingat kami selalu , lepas ni dia cakap dia nak buat makan-makan kira gathering lah before kami spm dengan semua juru latih :) ~ thank you cikgu :)

oke thats all :) assalamualaikum



HAPPY bornday ~ pretty

assalamualaikum :) 

memandangkan  aku cuti-cuti-cuti lalalagi hahha ya ! boleh lah update ini blog kan ?

actually , haritu dah update dah sebelum balik tapiiii bila preview hui ! nampak ke-hodohan dan ke-typo-yan disitu jaadi aku pun `delete` then sekarang aku kira retype lah :) i guess it`ll be better yeah "smile"

bila cuti-cuti malaysia ni memang boring pun , worst feeling~ hahaha kami ja yang cuti sekolah lain mana ada 

oke apa-apa pun entry ni for someone yang dah tua hahaha tua oke , selamat hari tua . 

happy birthday AYU !

time hari tu sebelum balik , kami pun celebrate lah birthday si budak ni . hahah thanks bob for that cake yang sangat sodap tu :) 

dah alang-alang update kan nak jugak wish dekat ayu ni " hye yu cengeng(bahasa baling) ! happy birthday , May God bless you ~blast~blast~blast amin :) jadi anak yang baik-baik tau , semoga 16s will make you better then before :) " 


yang tudung pink tu oke :) yang hijau dengan oren tu "penyibuk"


makan-makan sampai tua haha melawak , cake tu makan banyak-banyak sampai meloya wei 


"eye-bag"


ni my jiran-kawan-sepupu oke tipu-kakak dan macam-macam lagi hahahaha 


perh ! muka aku teruk gila haha mana taknya naik senak makan kek tu punya belambak  :P


birthday-girl


bob "lambai-lambai tangan" increasing in size  height :P muehehhe


"chak"! kebom-kebom hahha *sakai*


hye manusia ! yeah ! tahniah anda semua mampu scroll down samapai jumpa saya yang terSADAI di tengah jalan :)

have a nice day ~ 


Friday, 31 May 2013

al - fatihah

assalamualaikum ~ salam jumaat budak-budak :) 

hmmm , seawal pagi tadi bangun lah macam biasa ~ alhamdulillah masih dipilih Allah s.w.t untuk bangun solat subuh =.= walau tengah sakit (demam jee pun ) tapi lahai sengal-sengal badan macam nak patah tulang ni haaa ! 

dalam pukul 9 macam tu , ayah aku bagitahu ''kocah , kawan kocah yang koma tu , dah takda'' ~ innalillah . 

*literally* aku tak kenal secara official pun wan ni ~ wan bisru . aku penah jumpa sekali ja tu pun time dia dengan yasmin , tak salah aku time tu habis tuisyen , tu pun masa form 3 . 

hari keempat dia koma aku sempat lah p tengok tu pun kebetulan ayu nak p tengok , dan kebetulan aku kenal- tak kenal tapi apa salahnya menziarah itu kan dituntut . 

hmm , apa cerita sebenar ni ? yang aku tau lah , hari khamis 23 hb , kira hari last sekolah lah , balik tu kot kalau tak salah aku , dia hantar membe dia , fadzil balik rumah , lepas hantar membe dia , kira dia nak patah balik  ke rumah dia lah tup-tup nak sampai rumah dia dah , ada motor langgar dari belakang , dan doktor sahkan pendarahan dalam otak a.k.a darah beku . 

time aku p tengok tu , dia dok kat ICU , hmm , sedih tengok mak dia , yalah sehari-hari tunggu si anak tu sedar :( , aku p tu pun hari keempat dah . 
semalam ada lagi membe-membe yang p tengok , depa pun bagitau lah dia demam panas suhu badan 44 pastu tekanan darah turun , depa cakap mak dia macam dah redha dengan keadaan si anak macam tu walau masih berharap yang  wan akan  sedar .
tapi hari barakah ni ~ Ilahi menjemput dia terlebih dahulu , yup ! muda memang muda lagi , tapi maut tak kenal usia . 

tulah kita sama-sama doakan dia kembali dengan tenang dan doakan jugak untuk mak ayah dan keluarga dia agar diberi kekuatan dalam tempuh dugaan kehilangan orang tersayang .

tulah yang berlesen tak semestinya selamat , kadang-kadang kita *ciwah, padahal aku tak reti bawak moto pun* tak sempat pun nak langgar orang tapi tup-tup orang yang langgar kita dulu . macam mana pun tulah malang tak berbau , soooo kena selalu beringat lah . 

p/s : wahai penunggang motor , kalau tak sayang nyawa pun tapi ingat lah orang-orang yang tersayang . yang pergi tetap pergi tapi yang masih hidup ni ? subhanallah ~ seksa jiwa raga mak ayah . ingat lah ~assalamualaikum