assalamualaikum ~ salam jumaat budak-budak :)
hmmm , seawal pagi tadi bangun lah macam biasa ~ alhamdulillah masih dipilih Allah s.w.t untuk bangun solat subuh =.= walau tengah sakit (demam jee pun ) tapi lahai sengal-sengal badan macam nak patah tulang ni haaa !
dalam pukul 9 macam tu , ayah aku bagitahu ''kocah , kawan kocah yang koma tu , dah takda'' ~ innalillah .
*literally* aku tak kenal secara official pun wan ni ~ wan bisru . aku penah jumpa sekali ja tu pun time dia dengan yasmin , tak salah aku time tu habis tuisyen , tu pun masa form 3 .
hari keempat dia koma aku sempat lah p tengok tu pun kebetulan ayu nak p tengok , dan kebetulan aku kenal- tak kenal tapi apa salahnya menziarah itu kan dituntut .
hmm , apa cerita sebenar ni ? yang aku tau lah , hari khamis 23 hb , kira hari last sekolah lah , balik tu kot kalau tak salah aku , dia hantar membe dia , fadzil balik rumah , lepas hantar membe dia , kira dia nak patah balik ke rumah dia lah tup-tup nak sampai rumah dia dah , ada motor langgar dari belakang , dan doktor sahkan pendarahan dalam otak a.k.a darah beku .
time aku p tengok tu , dia dok kat ICU , hmm , sedih tengok mak dia , yalah sehari-hari tunggu si anak tu sedar :( , aku p tu pun hari keempat dah .
semalam ada lagi membe-membe yang p tengok , depa pun bagitau lah dia demam panas suhu badan 44 pastu tekanan darah turun , depa cakap mak dia macam dah redha dengan keadaan si anak macam tu walau masih berharap yang wan akan sedar .
tapi hari barakah ni ~ Ilahi menjemput dia terlebih dahulu , yup ! muda memang muda lagi , tapi maut tak kenal usia .
tulah kita sama-sama doakan dia kembali dengan tenang dan doakan jugak untuk mak ayah dan keluarga dia agar diberi kekuatan dalam tempuh dugaan kehilangan orang tersayang .
tulah yang berlesen tak semestinya selamat , kadang-kadang kita *ciwah, padahal aku tak reti bawak moto pun* tak sempat pun nak langgar orang tapi tup-tup orang yang langgar kita dulu . macam mana pun tulah malang tak berbau , soooo kena selalu beringat lah .
p/s : wahai penunggang motor , kalau tak sayang nyawa pun tapi ingat lah orang-orang yang tersayang . yang pergi tetap pergi tapi yang masih hidup ni ? subhanallah ~ seksa jiwa raga mak ayah . ingat lah ~assalamualaikum
No comments:
Post a Comment